My name is Husna binti Mansor bin Hj. Mustaffa bin Abdul Ghani bin Abdul Jalil.

25 May 1995

Kuantan, Pahang, Malaysia.

blogskins . facebook . twitter . facebook

[+] Follow Affies

Posted on: 16 January 2013 @ 11:00 | 0 comment(s)
It's hard to say 'goodbye'



Come children, I want to tell you a story! This is a true story :)

#2010
Dulu, masa saya form 3, bulan 7, saya pelajar yg baru saja masuk ke SMK SS, tp... saya seorang yg nakal tahap wow. Masa tu istilah 'study' tak ada dlm kamus hidup saya. Saya tahu main, main, main, main dan main. *geleng kepala*

Tahun ni lah saya kenal Nadirah, Chek, Quratul, Dini, Mat top, Shida, Beng dan semua lah :')

#2011
Saya ingat lg, mula-mula Dayang masuk sekolah tu, masuk kelas 4 sains sosial 1, saya and the gang mmg tak suka dia tahap wow. Biasalah budak baru. Saya pun pernah alami. *Sorry Dayang* Tp semua tu sekejap jee. Perasaan tak suka tu masih boleh dikawal dan dah berubah jd sayang :)

Dan masa form 4 lah saya mula bercakap dgn Qawiy. Dulu masa form 3 kami sekelas, tp tegurnya tak pun. Maklumlah masa form 3 saya baru masuk sekolah tu. Qawiy kata saya sombong -_-

Masa form 4 lah saya mula belajar, dah mula bertekad nak belajar bersungguh-sungguh. *muntah pelangi* Malam-2 je saya study. Tp... Nak dekat akhir tahun, semuanya musnah. Saya start perangai malas saya balik. Hihi. Dan masa form 4 lah saya mula kenal Hanani, Lala, Bangla, Lisa, Marsya, Fyqah, etc.


Walaupun saya selalu kena 10 karangan anugerah sebab tak siapkan kerja yg cikgu bagi atau terlewat hantar, tapi.. saya sayang cikgu bm saya! Eheheh. Yg paling saya ingat, Cikgu Akhirruddeen pernah gelar kelas kami '4 Sains Sindromdown 1' sbb kelas kami nakal! :)

#2012
Tahun ni lah tahun dimana kami, batch'95 perlu berperang didalam dewan peperiksaan. SPM.

Tahun ni lg byk kenangan. Tahun last. Buntat gaduh dgn someone pasal "kasut" Kelakar pun ada, kesian butat kasut dia ada org curi. *Saya pengawas yg tak bertauliah, tlg tgk je* :D

Paling saya terharu bila kawan-kawan saya buat suprise utk saya masa birthday saya, nyanyi ramai-2 dlm kelas, even masa balik, kena mandi tepung, telur depan org :D Thanks Bangla and Marsya dah bg saya novel-2 tu. Inshaa Allah, saya jaga novel tu mcm saya jaga kucing-2, arnab-2 saya. Thanks Dyrah, tudung tu mula-2 dapat dah kena telur tau. Semua gara-2 Marsya yg bersubahat dgn bangla :p Thanks Farhan, utk panda yg kiut tu. Thanks Shida, kerongsang tu omey, kotak dia saya simpan k :p Dan thanks Buntat, lilin tu wangi 

Sampai sekarang saya frust tak dapat gambar kelas, saya dah bayar :( Tahun last kot. Haih tp takpelah tak ada rezeki mungkin.

Tahun nii juga pelbagai masalah yg melanda. Tahun ni ramai yg berpecah, bergaduh, dah kurang rapat, berpuak-puak.
Tp, semua pergaduhan, salah faham tu kini sudah selesai. Alhamdulillah. Majlis restu ilmu memberi peluang kpd kami-2 ni utk tampil, beranikan diri meminta maaf. Happy ending :)

Dulu, masa bergelar 'pelajar', saya selalu cakap "BILA LAH NAK HABIS SEKOLAH NI?!"
Tp sekarang bila dah habis sekolah saya rasa macam nak sekolah balik. Saya rindukan kawan-2 saya, cikgu-2 saya. Cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik. Sekarang dah 2013. Nak tegur kawan-kawan pun dekat 'laman sesawang' je. Nak jumpa dah susah, ada yg pergi jauh, kerja lah. Masing-masing dah busy :')

TAK SABAR NAK JUMPA MASA REUNION LEPAS DAPAT RESULT NANTI, HARAP KORANG SEMUA DAPAT HADIR!

will be continued....

Back to top


Copyright ©. Layout by SekarYoshioka. Header : Pixiv and edited by SekarYoshioka. Please view it with Google Chrome 1024*768. All rights reserved.